NCD adalah diskaun kerana tidak membuat tuntutan semasa tempoh insurans anda yang terdahulu (dengan syarat tempoh insurans melebihi setahun). NCD kenderaan anda boleh diperiksa di Pusat Pangkalan Data NCD (“CND”) di https://www.mycarinfo.com.my/ncdcheck/online atau hubungi Team Kak Zai.
NCD di CND Tidak Betul. Apa Saya Perlu Buat?
Kadang-kadang bila anda semak NCD di CND anda mungkin dapati:
- NCD belum sampai maksimum tetapi NCD tidak meningkat.
- NCD tiba-tiba jadi 0% walaupun anda tiada buat apa-apa tuntutan sebelum ini
Jika berlaku pekara di atas, anda boleh hubungi talian hotline syarikat insurans terkini yang anda pakai untuk semak dengan pihak insurans. Jika berlaku kesalahan dalam CND, pihak insurans akan kemaskini semula data.
Cara Pindah NCD ke Kenderaan Lain
Kes 1: Insurans kenderaan lama sudah tamat tempoh
NCD boleh dipindahkan terus. Ejen insurans boleh uruskan pemindahan NCD semasa buat insurans kenderaan baru.
Kes 2: Insurans kenderaan lama belum tamat tempoh
Pemilik perlu batalkan dahulu insurans kenderaan lama. Kemudian, baru ejen insurans boleh uruskan pemindahan NCD semasa buat insurans kenderaan baru.
Nota: NCD kereta hanya boleh dipindahkan ke kereta sahaja. NCD motor hanya boleh dipindahkan ke motor sahaja. Pemilik kenderaan mestilah sama.